MALAYSIA FORUM
Selamat datang Ke MALAYSIA forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan MALAYSIA forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. MALAYSIA forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : malaysiaforumm@gmail.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli MALAYSIA forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki MALAYSIA forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari MALAYSIA forum CERIA MESRA SENTIASA.
MALAYSIA FORUM
Selamat datang Ke MALAYSIA forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan MALAYSIA forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. MALAYSIA forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : malaysiaforumm@gmail.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli MALAYSIA forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki MALAYSIA forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari MALAYSIA forum CERIA MESRA SENTIASA.
MALAYSIA FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MALAYSIA FORUM

KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA ...
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
search
Radio GomoFM Online

SAPA NK DUIT LEBIH SILA KLIK SINI DAFTAR FREE,BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH HADIAH MENARIK
[SAPA NAK DUIT LEBIH CLICK SINI DAFTAR FREE]
MUTIARA ASLI DARI SABAH DENGAN HARGA YG BERPATUTAN DAN UNTUK ANDA YANG MINAT BERNIAGA ATAU UNTUK DI PAKAI SENDIRI, SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS KE BLOG MUTIARA
KELANTAN FORUM2U
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
Similar topics
Top posters
miss-lady
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
hosgetah
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
guidi593
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
nana_chipsmore
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
sanjana_210
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
pinkpink
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
bomi
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
Wisernet.Org
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
hanni
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
daniaberlina
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_lcapMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_voting_barMASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK I_vote_rcap 
Latest topics
» MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyMon Sep 02, 2019 10:35 am by guidi593

» CARA MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyFri Jan 06, 2017 12:00 pm by guidi593

» CARA DAN PELUANG UBAH KEHIDUPAN MENJADI LEBIH BAIK
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyMon Dec 05, 2016 3:51 am by guidi593

» PANDUAN PROMOSIKAN PERNIAGAAN
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyMon Jun 20, 2016 8:17 am by guidi593

» KELEBIHAN BERPUASA SERTA PELUANG BERNIAGA EMAS BULAN PUASA
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptySat Jun 04, 2016 10:51 pm by guidi593

» CARA MULAKAN PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD, DAFTAR PERCUMA
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyWed May 25, 2016 1:47 am by guidi593

» PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyWed May 25, 2016 1:26 am by guidi593

» APA ITU LBMA DAN KENAPA MELABUR EMAS LBMA
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyWed May 25, 2016 1:14 am by guidi593

» Novel Online Jerat Cinta Nadira
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptySat Nov 03, 2012 5:19 pm by daniaberlina


 

 MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK

Go down 
AuthorMessage
guidi593




Posts : 9
Join date : 10/07/2012
Location : kelantan

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Empty
PostSubject: MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK   MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK EmptyMon Sep 02, 2019 10:35 am

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK 10-Sebab-Beli-Perak

Masa terbaik mula pelaburan perak dengan 10 alasan beli silver dan ramalan harga silver tahun 2019 menunjukkan silver pelaburan terbaik untuk keuntungan maksima.

Jongkong Perak adalah logam berharga yang dapat digunakan sebagai pelaburan seperti emas. Dahulu emas dan perak digunakan sebagai mata wang iaitu dinar dan dirham. Kini perak merupakan wang yang bertukar bentuk dan digunakan sebagai pelaburan dan simpanan nilai. Pelaburan perak melibatkan pembelian jongkong perak, silver bar, syiling dirham untuk simpanan, aset harta dan pelindung kejatuhan nilai wang dan menjual jongkong perak tersebut apabila harga silver dalam pasaran dunia tinggi untuk mendapat keuntungan.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Cikgu-Zaidi-Emas-Pengedar-Perak

Saya terpanggil untuk menulis artikel pelaburan perak setelah beberapa pelabur emas berpengalaman telah mula membeli perak secara besar-besaran untuk merebut peluang mendapatkan stok simpanan perak pada harga murah. Seorang warga Austria telah membeli berpuluh kilogram perak untuk simpanan dan selepas itu pelabur perak berpengalaman dari Bangi pula telah mula membeli 10 kg perak dan seterusnya pembelian perak oleh beberapa penyimpan perak. Penyimpan perak berpengalaman pastinya mempunyai pengalaman dan dapat meramal harga perak seperti kata orang-orang tua “Sekilas ikan di air, dapat mengetahui jantan atau betina”. Silver mempunyai potensi kenaikan harga yang sangat besar berbanding emas sehingga ramai pakar logam berharga lebih suka perak berbanding emas.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Pelabur-Silver-Berpengalaman

Kini masa terbaik mula pelaburan perak dengan beli jongkong perak sebagai penjana harta, simpanan bekalan kecemasan dan keuntungan dalam pelaburan. Pada tahun 2019 harga emas telah melonjak naik tetapi harga perak masih lagi rendah merupakan satu alasan utama untuk mula membeli perak sebagai portfolio pelaburan terbaik. 10 alasan utama kenapa mula membeli perak sebagai pelaburan seperti di bawah.

10 ALASAN BELI PERAK 2019 UNTUK PELABURAN PERAK
Kenapa beli perak 2019 untuk mula pelaburan silver :

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Harga-Perak-Murah

1.#Harga Perak Murah
Harga Jongkong perak masih kekal rendah berbanding emas yang telah mengalami kenaikkan harga tahun 2019. Harga 1 gram jongkong perak 999 pada 18 Ogos 2019 hanya RM2.69 segram berbanding harga jongkong emas 999.9 iaitu RM213 segram. Harga emas telah mengalami kenaikan sejak Jun 2019 namun harga perak kekal rendah menyebabkan peluang masa terbaik membeli perak sebagai pelaburan kerana kebiasaannya bentuk kenaikkan harga emas dan perak adalah hampir sama. Perhatikan graf 10 tahun emas dan perak di atas.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Nisbah-Harga-Perak-Dengan-Harga-Emas

2.#Nisbah Harga Emas Dengan Harga Perak.
Nisbah harga emas dengan harga perak kini tinggi dari nisbah sebenar menunjukkan harga perak kini berada pada harga termurah. Nisbah harga emas dengan harga perak termahal adalah pada tahun 2011 iaitu berada pada nisbah sekitar 1 : 30, dan termurah pada tahun 2008 iaitu ketika nisbah atau ratio sekitar 1 : 88. Nisbah harga emas dengan harga perak kini 213/2.69 iaitu pada kadar 1:79 menunjukkan harga Silver lebih murah (under value). Jadi kini masa paling sesuai beli emas. Nisbah emas / perak (harga emas dibahagikan dengan harga perak) boleh memberi petunjuk tentang logam yang mungkin menjadi pembelian yang lebih baik pada bila-bila masa.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Potensi-Pelaburan-Silver

3.#Potensi Keuntungan Pelaburan Perak Lebih Besar Dari Emas.
Potensi Keuntungan pelaburan perak adalah 2 atau 3 kali lebih besar daripada pelaburan emas. Pasaran perak lebih kecil berbanding pasaran emas, jadi sedikit impak akan memberi kesan yang besar terhadap kenaikan atau penurunan harga perak. Contoh dari sudut pergerakan harga, apabila emas naik, silver akan naik lebih 2 atau 3 kali ganda daripada emas. Kadar volatility harga perak 1.6 kali ganda berbanding emas dan sebaliknya jika harga turun. Tahun 2010 – 2011, harga emas naik dalam 35%, tapi harga silver naik 100% dan sebaliknya bila harga emas turun 30%, harga silver jatuh balik 60%. Jadi keuntungan dalam pelaburan perak lebih besar dan sebaliknya risiko juga lebih tinggi, namun pada masa sekarang tahun 2019 adalah masa paling sesuai beli perak kerana harga perak berada pada harga terendah dan peluang kenaikkan harga perak setelah harga emas menaik tahun 2019.
Berdasarkan potensi pelaburan silver yang lebih besar, pada pandangan saya lebih baik perbanyakkan pelaburan emas daripada pelaburan silver kerana pelaburan silver lebih berisiko dengan volume kenaikkan dan penurunan harga lebih tinggi dan sesuai untuk simpanan jangka panjang. https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/ untuk mula pelaburan emas Public Gold dan seterusnya boleh di campur dengan pelaburan perak.

4.#Peningkatan Permintaan Perak Dalam Perindustrian

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Kegunaan-Perak

Silver digunakan dalam hampir setiap industri utama dari barangan elektronik, perubatan, panel solar dan sebagainya menyebabkan permintaan tinggi terhadap perak sedangkan pengeluaran Silver dari lombong berkurangan kerana silver terpakai seperti dalam alat elektronik akan terbuang begitu sahaja tanpa di kitar semula kerana kos kitar semula silver tidak berbaloi berbanding emas. Mike Maloney dalam bukunya berkata, "Dari semua elemen, perak adalah logam yang sangat diperlukan. Ia digunakan dalam hampir semua konduktor elektrik, konduktor haba dan reflektor. Kehidupan moden, seperti yang kita ketahui, tidak akan wujud tanpa perak. "
Kegunaan perak dalam pelbagai industri dan produk yang terus berkembang kegunaanya seperti pada telefon bimbit, komputer, pemangkin industri plastik dan bahan kimia, komponen panel solar, perubatan dan sebagainya. Kegunaan perindustrian untuk perak terus berkembang dan dengan munasabah menjangkakan sumber permintaan perak terus kukuh.

5. #Perak adalah Wang Fizikal
Perak adalah seperti emas merupakan wang fizikal sejak zaman dahulu kala. Pada zaman Rasulullah, matawang emas dikenali dinar dan matawang perak adalah dirham. Emas dan perak adalah bentuk wang utama, kerana ia tidak dapat dicipta dan dimusnahkan seperti kertas atau bentuk digital. Jadi, perak adalah wang fizikal yang selamat sepanjang masa. Jongkong perak mudah dijual beli seluruh dunia dan boleh di pajak di Arrahnu. Klik https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/tempat-pajak-emas-terbaik-untuk-gadai-emas-atau-perak/.
Pelaburan terbaik,pelaburan yang bijak atau pelaburan paling selamat dari pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik adalah pelaburan emas atau pelaburan perak seperti hadis dibawah :
Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”

6.#Ramalan Harga Perak
Ramalan harga perak akan terus naik dalam pasaran normal dimana pada tahun 2020 harga perak diramalkan berharga $ 35. Jika beli perak sekarang pada harga $16 seauns, maka pada tahun 2020 diramal berharga $ 35 seauns iaitu kenaikan harga perak melebihi 100%.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Ramalan-Harga-Perak-2019-Hingga-2025

Ramalan Perak Tahun 2019 hingga 2025
2019 Ramalan Harga Perak: $ 20
2020 Ramalan Harga Perak: $ 35
2025 Perak Harga Ramalan: $ 169
KLIK GOLD SILVER PRICE PREDICTION untuk melihat ramalan harga perak dan emas tahun 2019 hingga 2025

7.#Permintaan Dunia Berkembang

Permintaan dunia terhadap perak terus meningkat bukan sahaja daripada produk pembuatan elektronik tetapi juga daripada negara Cina dan India. Cina dan India merupakan negara raksaksa yang mempunyai pertalian budaya terhadap emas dan perak yang akan memberi kesan terhadap harga perak. Dengan perkembangan populasi dan pertumbuhan permintaan terhadap perak akan melonjakkan harga perak di masa depan.

8.#Bekalan Perak Semakin Berkurang
Bekalan perak semakin berkurang dan jatuh 72.1% dalam tempoh 5 tahun selepas harga perak terhempas pada 2011. Akibatnya, pelombong terpaksa berebut untuk mengurangkan kos untuk mendapat keuntungan. Penerokaan dan pembangunan lombong perak baru diberhentikan secara dramatik dan pastinya akan mengurangkan jumlah bekalan perak. Apabila bekalan perak berkurang dengan permintaan yang tinggi, harga perak akan melonjak naik.

9. #Jongkong Perak adalah Aset Harta Selamat
Penyimpanan jongkong perak adalah aset harta yang selamat, peribadi dan sulit dan mudah di bawa ke mana sahaja walaupun ke luar negara. Perak fizikal juga merupakan lindung nilai ketara terhadap semua bentuk penggodaman dan jenayah siber. Mata wang fiat adalah salah satu yang disokong pada iman dan bukannya sumber yang nyata, dan sekarang semua mata wang dunia adalah mata wang fiat. Seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah kepada kami, sistem mata wang jenis ini ditakdirkan untuk gagal. Dengan memegang pelaburan ketara seperti emas dan perak, pelabur dapat melindungi portfolio mereka terhadap kemalangan yang akhirnya berlaku di dalam sistem ekonomi dan mata wang dunia

10.#Perak adalah Polisi Insurans
Perak adalah polisi insurans terhadap kemelesetan ekonomi, inflasi dan kejatuhan nilai wang. Sejarah telah membuktikan bahawa pelabur logam berharga, seperti perak yang bebas daripada kemelesetan atau kejatuhan ekonomi, inflasi serta penyelamat kejatuhan nilai wang yang pasti akan berlaku. Penyimpanan emas dan perak adalah polisi insurans percuma terhadap kemelesetan ekonomi dan pelindung kejatuhan nilai wang.
Pada paras harga perak semasa yang murah, kos insurans sangat murah iaitu dengan hanya membeli perak sebagai polisi insuran untuk menjana kekayaan, pelindung kejatuhan nilai wang, bekalan kecemasan, pelaburan yang menguntungkan dan pengelak kebocoran wang.

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Pelaburan-Perak-Public-Gold

Flatform terbaik untuk pelaburan silver adalah Public Gold kerana satu-satu syarikat pelaburan yang menjual dan membeli jongkong perak atau silver bar mengikut harga antarabangsa 24 jam. Public Gold adalah “The Best Silver Trading Platform” yang patuh syaariah, senang dibeli, senang dijual, mudah dipajak, lebih menguntungkan kerana harga jual balik silver Public Gold lebih tinggi disebabkan kadar spreadnya rendah berbanding silver jenama lain dan merupakan platform pelaburan silver terbaik di Malaysia.

BAGAIMANA CARA BELI SILVER PUBLIC GOLD?
Pilihan untuk membeli jongkong silver, syiling perak dirham atau program kumpul perak (SAP) Public Gold iaitu :

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Silver-Bar-Public-Gold

1. #Beli Perak Di Cawangan Public Gold
Terus kunjungi https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cawangan-public-gold-dari-beli-emas-online/ untuk beli syiling perak (dirham) atau silver bar secara tunai dan terus bawa balik jongkong perak yang dibeli (cash and carry). Masa beli silver atau dirham, pastikan beritahu kepada staf Public Gold “NAMA INTRODUCER MOHD ZAIDI BIN JUNUS, KOD PG001425” sebagai Introducer iaitu pembimbing dalam pelaburan silver Public Gold. Selepas beli, wassap kepada saya +6019 918 5593 untuk saya tunjukkan panduan menjadi pelabur dan peniaga emas dan silver yang berjaya.

2. #Beli Silver Secara Online

MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK Perak-10-Dirham-Public-Gold

Daftar percuma atau register sebagai ‘ahli’ di website Public Gold dengan menulis kod introducer PG001425 atau https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PG001425, kemudian terus buat order secara online dan bayar secara online atau bayar tunai di cawangan Public Gold berdekatan dan terus dapat silver yang di beli. Pelaburan perak boleh dimulai dengan membeli perak 10 dirham yang berharga RM155. klik https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/ untuk panduan beli emas dan perak Public Gold.

3. #Beli Akaun Silver SAP
Program kumpul silver atau Silver Accumulation Program (SAP) adalah program kumpul perak dalam akaun fizikal SAP untuk kumpul perak sedikit demi sedikit minima RM100 dan dapat mengeluarkan pelbagai jongkong perak fizikal dari akaun SAP. Silver Accumulation Program (SAP) adalah sama seperti Gold Accumulation Program (GAP). Program SAP Public Gold adalah kemudahan simpan silver modal kecil patuh syariah iaitu boleh beli silver minima RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram dan boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram silver bar, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP. Cara beli silver program SAP iaitu dengan transfer atau bank in minima RM100 ke akaun bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD (Maybank : ke akaun bernombor 5571-3923-8048 atau Public Bank : ke akaun bernombor 3167-52-0833) dan snap/ambil gambar slip/resit transfer dan hantar gambar resit transfer/bank in berserta maklumat diri ke whatsapp saya 019-9185593 untuk di proses. Kaedah belian silver SAP sama macam panduan beli Akaun Emas GAP, tetapi masa beli SAP tulis “Beli Silver SAP”. Maklumat lanjut beli emas SAP atau GAP klik https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/

4. #Beli Perak Melalui Dealer
Jongkong perak, syiling dirham dan silver SAP Public Gold boleh juga dibeli melalui bantuan dealer perak Public Gold, dengan whatsapp 0199185593 Mohd Zaidi Bin Junus, Pg00142 Master Dealer Emas Dan Perak Public Gold sejak 2010.

10 sebab beli jongkong perak 2019 untuk memulakan pelaburan silver pada masa terbaik dengan harga perak termurah dapat memberi ilmu bermanfaat tentang pelaburan perak dan terus bertindak bijak denganmembeli silver sebagai simpanan aset harta, penjana keuntungan pelaburan, bekalan dana kecemasan, pelindung kemelesetan ekonomi, penyelamat kejatuhan bilai wang dan pengelak kebocoran wang. Pakar-pakar logam mengatakan bahawa silver adalah “gold in future”.

“SILVER ADALAH EMAS MASA DEPAN”
Back to top Go down
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com
 
MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIA FORUM :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to: