Nadira terpaksa akur untuk menjadi guru tuisyen dan juga penyiasat persendirian setelah penat mencari peluang pekerjaan dan desakan persaraan yang tinggi di kota. Adriana muncul tatkala Syarul kekasih Nadira merindui dan ingin disayangi. Godaan dan pujuk rayu Adriana telah mengakis cinta dan kasihnya pada Nadira yang telah lama berputik. Fikri pula hadir sebagai pengubat jiwa, namun kebahagian yang baru menjelma dirampas kembali oleh Adriana yang mula meminatinya. Persaingan untuk merebut cinta Syarul dan Fikri semakin terasa. Nadira tidak mahu melepaskan cintanya.
Kemelut kerjaya sebagai pengintip menyaksikan pembunuhan kejam dan taktik bisnes kotor untuk menjatuhkan mangsa. Demi kerjaya, Nadira gagahkan jua walaupun atas titisan air mata dan darah yang mengalir luar dari tubuh manusia. Kesemuanya Nadira simpan sehingga suatu masa yang dia ingin berhenti dia sudah terjerut dengan kerjaya dia sendiri.
Bisakan Nadira melepaskan dirinya dari kemelut kerjaya dan penyamaran cinta yang sebenar? Ingin diluahkan, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Namun rasa cinta yang bergelora membutakan segala kebenaran isihatinya walau gelombang kebenaran makin terasa tiap kali mereka bersama. Ah! Pedulikan kesemuanya asalkan dia terhempas dalam pelukannya. Indahnya nikmat cinta bagaikan bermandi air syurga. Melepaskan seluruh dahaga yang mencengkam jiwa.