MALAYSIA FORUM
Selamat datang Ke MALAYSIA forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan MALAYSIA forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. MALAYSIA forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : malaysiaforumm@gmail.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli MALAYSIA forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki MALAYSIA forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari MALAYSIA forum CERIA MESRA SENTIASA.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MALAYSIA FORUM

KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA ...
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
search
Radio GomoFM Online

SAPA NK DUIT LEBIH SILA KLIK SINI DAFTAR FREE,BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH HADIAH MENARIK
[SAPA NAK DUIT LEBIH CLICK SINI DAFTAR FREE]
MUTIARA ASLI DARI SABAH DENGAN HARGA YG BERPATUTAN DAN UNTUK ANDA YANG MINAT BERNIAGA ATAU UNTUK DI PAKAI SENDIRI, SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS KE BLOG MUTIARA
KELANTAN FORUM2U
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
Similar topics
Top posters
miss-lady
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
hosgetah
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
guidi593
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
nana_chipsmore
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
sanjana_210
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
pinkpink
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
bomi
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
Wisernet.Org
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
hanni
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
daniaberlina
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_lcap13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_voting_bar13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! I_vote_rcap 
Latest topics
» MASA TERBAIK MULA PELABURAN PERAK
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyMon Sep 02, 2019 10:35 am by guidi593

» CARA MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyFri Jan 06, 2017 12:00 pm by guidi593

» CARA DAN PELUANG UBAH KEHIDUPAN MENJADI LEBIH BAIK
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyMon Dec 05, 2016 3:51 am by guidi593

» PANDUAN PROMOSIKAN PERNIAGAAN
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyMon Jun 20, 2016 8:17 am by guidi593

» KELEBIHAN BERPUASA SERTA PELUANG BERNIAGA EMAS BULAN PUASA
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptySat Jun 04, 2016 10:51 pm by guidi593

» CARA MULAKAN PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD, DAFTAR PERCUMA
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyWed May 25, 2016 1:47 am by guidi593

» PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyWed May 25, 2016 1:26 am by guidi593

» APA ITU LBMA DAN KENAPA MELABUR EMAS LBMA
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptyWed May 25, 2016 1:14 am by guidi593

» Novel Online Jerat Cinta Nadira
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptySat Nov 03, 2012 5:19 pm by daniaberlina

 13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut!

Go down 
AuthorMessage
miss-lady
Admin
Admin
miss-lady

Posts : 24
Join date : 16/03/2011
Age : 36
Location : tawau sabah

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! Empty
PostSubject: 13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut!   13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! EmptySat Mar 19, 2011 4:51 am

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut!

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Semoga fikiran anda kurang berserabut untuk hari-hari yang mendatang!

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! 8325513 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! 8325513 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! 8325513 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! 8325513 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut! 83255
Back to top Go down
http://perak1.forums2u.com
 
13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara Melajukan Internet Untuk Windows xp Sahaja
» MUTIARA HATI UNTUK SEMUA
» Cara nak tahu sebab anda memilih pasangan anda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIA FORUM :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to: